Monday, July 13, 2009

cerita ukhuwwah 1

Suasana lengang hari minggu di bumi subur UTM tidak sedikitpun memberi kesan di hati ummi. Mungkin pelajar keluar ke Johor Baru untuk menghiburkan hati, mungkin juga makan-makan di pekan skudai. Atau mungkin nyenyak tidur setelah penat menelaah pada malamnya.Ummi tidak peduli itu semua. Dari jauh panggilan Lembah Damai begitu jelas kedengaran di telinga ummi.
Ummi mempercepatkan langkah. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan sahabat yang amat dekat dengan hatinya. Ummi tidak meminta apa-apa. Ummi yakin janji Allah. Ummi gembira.
dalam satu hadis, Rasuilullah bersabda
"Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah. Lalu malaikat bertanya" Nak ke mana?" Dijawab, "Aku mahu menziarahi saudaraku........" Tanya malaikat lagi, " Untuk apa?" Lelaki itu menjawab, "Tiada apa-apa tujuan." Ditanya lagi, Apa hubungan dengan kamu?" Lalu dijawab oleh laki-laki tu, " Tiada apa-apa hubungan." Di tanya lagi " Apa budinya kepada kamu?" Dijawab, "Tiada apa-apapun". Di tanya lagi" Apa tujuannya". Lelaki itu menjawab, " Aku mencintainya kerana Allah." Berkata malaikat, : sesungguhnya Allah telah mengutusku kepadamu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka Allah telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNya. Hadis riwayat Muslim.

Kedatanganku disambut girang oleh Zue. Kami makan bersama. Nasi putih berlaukkan ikan goreng dan kuah masak lemak begitu enak pada tekakku.
Wajah Zue ku pandang puas-puas. Tidak berapa lama lagi zue akan menamatkan pengajiannya. Meninggalkan aku bersama beberapa orang lagi sahabat seperjuangan. "Ummi, saya habiskan nasi" suara Zue memecah kesunyian sambil matanya memandangku dengan pandangan nakalnya . Seperti selalu.
Belum sempat ummi cuba membaca fikiran sahabatnya, cepat tangan Zue belum berbasuh disapunya ke mukaku. Ya Allah.... tidak dapat aku berkata-kata lagi. Hatiku sayang padanya. Tidak sedikit baktinya pada Islam yang kami cintai. Hendak membalas, tak sampai hatiku.
"Pegi basuh... pegi basuh..." gesanya. "Sabun". Cepat pula sabun disuakan kepadaku. Sabun ku capai dan kaki ku angkat longlai.
Di bilik, ku lihat Zue tiada di biliknya. Punggung ku labuhkan ke katil asrama. Tiba-tiba saja Zue terjengul di muka pintu dengan senyum nakalnya. Zue menghampiriku. " Baru wangi." katanya seraya mencium pipiku. Tersenyum.
Zue memandang dalam ke mataku. Ada kata yang tidak terucap. Diam.
"Maaf Ummi, Zue nak peristiwa ni Ummi ingat lama. Entah bila pula kita akan berjumpa semula. Terima kasih di atas segalanya."Sejurus Zue menyanyikan untukku lagu Selasihku sayang.

Selasihku sayang.

Ku tanam selasih,
Ku tanamkan di hujung halaman,
Mengenangkan kasih
Wahai sayang yang aku tinggalkan.

Ku siram selasih
Ku siramkan dihujung halaman,
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan.

Hai kencana dewi
Kasih yang ku rindu, ku kenang selalu
Moga takkan layu
Cinta yang sejati, kekal dan abadi

Hai kencana dewi
Kau tetap ku kenang, janganlah kau bimbang
Sayang
Kau tetap kan pulang di sisiku sayang
Membawa harapan.

Sehingga sekarang , setelah 17 tahun berlalu, terasa seperti baru semalam ia berlaku.

Wahai sahabat, semoga dirimu sentiasa berada dalam lindungan Allah. Moga terus kuat meneruskan langkah demi Islam yang kita cintai.



RENUNGAN

Firman Allah
Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada di dalam lembaran2 (kitab suci yang diturunkan kepada) Musa? Dan (lembaran2) Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? (Iaitu) seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang di usahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya) Kemudian akan di beri balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulahkesudahan (segala sesuatu).Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan manusia tertawa dan menangis, Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,
Surah An-Najm ; Ayat 36 - 44.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, dosa yang aku sedari dan tidak aku sedari ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk terus melangkah Ya Allah, Berikan jua kekuatan kepada sahabat2ku serta juga mereka yang mencintaimu. Perjalanan ini tidak mudah bagi kami Ya Allah. Aku dahagakan kasihmu Ya Allah, Jangan sekali-kali engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri Ya Rahman, walau kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Perkenankan Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim.

2 comments:

  1. Wah Na,
    Dah mula menyinsing bakat menulis di entri ni, gaya bahasa santai & ada sisipan ayat Quran pelampir fakta yang dilakar..

    Thumbs UP!!!

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Na.

    Alhamdulillah, lama tertunggu-tunggu buah tangan Kak Na..dapat juga Ina membacanya.

    Kak Na, sayu rasa hati membaca entry Kak Na ni..teringat nilai ukhuwwah yang pernah Ina dan sahabat-sahabat bina selama menghuni kampus universiti dulu memang takkan luput di sanubari.

    Tak lupa juga merindui kakak-kakak dan sahabat di Lampeter..bila la nak jumpa ye :)

    Teruskan menulis Kak Na..sunnguh, tulisan Kak Na punya ruh tersendiri.

    ReplyDelete